Ingin berkahwin dengan penagih dadah?

Saudara & Saudari sekelian,

Perkahwinan dan keluarga yang bahagia adalah idaman dan cita-cita semua orang, tak kira bangsa atau agama. Soal memilih pasangan adalah isu yang amat perlu diberi perhatian oleh semua yang terlibat, khususnya “tuan punya tubuh”, ibu-bapa, adik-beradik dan keluarga terdekat.

Saya bukan pakar dalam hal ini. Malah, saya boleh dianggap seorang yang berada pada tahap “lemah” atau “gagal” tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan. Ini adalah salah satu aspek yang saya ingin perbetulkan dari masa ke semasa, mengikut peluang dan keadaan yang di buka oleh Allah SWT. Sebelum saya dapat perbetulkan apa-apa, saya perlu ada ilmu – saya perlu belajar. Umur tak penting, dan bukan boleh jadi pengukur yang tepat dalam hal ini.

Saya telah jumpa satu topik yang menarik dan amat penting sedang berlangsung di forum Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pada tajuk: “perlukan bantuan….!!!”

Secara asasnya, tajuk ini dimulakan oleh seorang gadis (jentayu_anneriez) yang di dalam dilema. Dia ingin berkahwin dengan seorang jejaka, namun terdapat satu masalah besar: Lelaki itu ada masalah dengan hal penagihan dadah.

Saya puji gadis ini, kerana telah mengambil satu langkah yang bijak. Dalam membuat keputusan, dia telah beranikan diri untuk bertanya pendapat “orang-orang yang ada pengalaman” – khususnya kepada mereka-mereka yang pernah terlibat dengan dadah.

Saudara ArahMan7 (dari blog “My Journey to Recovery“), iaitu seorang yang “senasib dan seirang sejalan” dengan saya. Beliau telah banyak memberi sumbangan “insight”, nasihat dan teguran berdasarkan pengalaman-pengalamannya sendiri. Banyak yang kita boleh belajar dan ambil iktibar di sini, samada dari perspektif ArahMan7 mahupun gadis tersebut.

Saudari & Saudari sekelian, samada yang belum berkahwin, sudah berkahwin, ibu-bapa dan adik-beradik disyorkan untuk ikuti tajuk perbincangan tersebutĀ 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s