Laman web AADK & discussion

Untuk saudara-saudari yang mendapatkan maklumat yang spesifik tentang dadah, serta proses-proses rawatan dan pemulihan, saya ingin syorkan website Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK).

Saya sudah lama ingin hendak menziarah dan melibatkan diri di website ini sejak dapat Internet connection sendiri dari rumah pada pertengahan Julai 2008. Namun telah sibuk “dengan hal-hal lain”.

Tapi sebentar tadi, saya telah menziarahnya. Saya turut mendaftar diri untuk forum yang disediakan, dan telah buat satu post. Sedikit-sebanyak, untuk turut beri publisiti kepada blog saya ni:-) Tapi yang pentingnya, saya ingin menyambung hubungan dengan AADK, serta rakan-rakan yang “seiring sejalan” dengan saya … mereka-mereka yang turut berusaha untuk membina semula diri dan kehidupan yang telah musnah kerana penglibatan dengan dadah.

Ini adalah post saya yang pertama di message board AADK, yang hostnya ialah Activeboard.com:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Saya adalah bekas penghuni Pusat Serenti Gambang (R/N: 287-05), yang bekerja sebagai wartawan bebas.

Pada 24, 25 & 26hb Jun 2008, akhbar The Star telah menyiarkan tiga rencana yang saya tulis – dua darinya adalah mengenai pengalaman saya di PS Gambang, manakala yang satu lagi adalah berkenaan Penjara Pengkalan Chepa:

Jailhouse blues
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/24/lifefocus/20080623172443&sec=lifefocus

Forces at work
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/25/lifefocus/21198619&sec=lifefocus

Dignity of rehab
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/26/lifefocus/21198627&sec=lifefocus

Untuk pengetahuan semua, saya telah menulis ketiga-tiga rencana tersebut dengan niat yang jujur dan ikhlas – tidak ada langsung perasaan sengaja untuk perjatuhkan atau persenda sesiapa atau mana-mana institusi.

Ini khususnya mengenai Penjara Pengkalan Chepa – apa yang saya tulis itu sebenarnya telah “toned down”, iaitu “diperkurangkan” dari apa yang sebenar.

Saya beritahukan perkara ini kerana saya tahu ada sesetengah warder tentunya akan marah bila saja ada apa-apa pendedahan tentang keburukan dan kelemahan institusi mereka. Dan mungkin menyimpan dendam. Tapi, cubalah tuan-tuan/puan-puan baca dan faham dulu, dan kemudian barulah komen (atau nak marah).

Pada masa yang sama, saya juga menulis dengan “tidak membodek” – semua yang saya beritahu tentang Pusat Serenti Gambang itu adalah dari hati sanubari saya. Dan saya ingin ulangkan sekali lagi di sini bahawa:

Saya rasa bertuah kerana telah di hantar ke Pusat Serenti Gambang pada 31 Okt 2005 … Di situlah saya telah mula kenal diri sendiri.

Di sini, saya sekali lagi ingin ucapkan TERIMA KASIH kepada semua pegawai-pegawai AADK di PS Gambang, serta di PKAADK Kuantan, serta saudara-saudara di Pendamai & DiC; yang telah banyak membantu saya … orang-orang yang telah menganggap saya sebagai “seorang manusia”.

Untuk makluman, saya telah mulakan blog peribadi – namanya pun adalah dipengaruhi oleh ingatan kepada PS Gambang:
https://cendana287.wordpress.com

Terima Kasih kerana memberi saya sedikit ruang di sini.

12 thoughts on “Laman web AADK & discussion

  1. congratulations for the recovery (I wish that it will last longer than u expect) ..
    do not forget about the triggers (PPT – People, Places & Things) ..
    remember, once u know the cause then u can prevent for being a drug addict again ..

  2. Salam..i do need more explanation and sharing of knowledge abaout drugs..bakal tunang saya tlh didapati positif dadah jenis metamaphine@pil kuda..cmne agaknya cara terbaik bg sy memberi sokongan moral untuk berubah?kerana ini kali pertama beliau terlibat.thanks

    • *Farhana, this question is very tough. There’s no one “sure answer” that will be applicable in ALL situations and people. So, don’t take what I say here as “the absolute truth”.

      In a way, I’m glad to hear that: 1) You know about this now instead of it come as a shocker later on.

      (2) it’s methamphetamine and not the `Killer of Killers’ in opiates, i.e heroin, morphine, opium. If it’s this one… well, I’ve taken all three before; plus pil kuda too. And alcohol. (But not all five at any one time, although once I was on three of the combination) – If it’s opiates, let’s just say, “I don’t even trust myself”.

      Yang paling penting ialah kemahuan/kehendak orang itu sendiri. Tapi tidak dinafikan bahawa sokongan/intervention orang lain, yang ada pengaruh, boleh menyumbang ke arah ni. Perlu ingat, jangan hadkan kepada `sokongan’ sahaja – guna jua prinsip `carrot and stick’..ada amaran, ada `bottomline’ jika ia memilih yang tak elok, maka dia kena terima akibat yang dia tidak suka. Fair kan?

      Tapi menulis memang mudah; nak jalankan adalah amat sukar. Ini Farhana kena nilai sendiri keadaan, orang… dan berdoa akan diberi kebijaksanaan untuk bercakap dan bertindak.

      Cuma satu-dua saja yang saya berani kata dengan confident: Bila nampak macam okay, jangan lah diungkit; buat macam tak percaya..jenis gini. Pada masa yang sama, bila rasa “tak sedap” – biasanya perangai akan berubah, tidak consistent.. ini Farhana ada naluri untuk kesan – jangan duduk diam seolah-olah “tak ada apa-apa”. Sedangkan dalam hati sudah rasa! Jika berlaku, kena beranikan diri untuk confront.

      Namun, satu yang positif di sini: Kali pertama; yang biasanya “tidak terlalu jauh” dan “belum kehilangan terlalu banyak” sehingga jadi rasa “lebih baik teruskan saja”.

  3. Salam….apa yg harus kita buat bila kita tahu anak kita positif dadah….mcm mana cara nak memujuknya dan menyakinkannya…bahawa dia perlu bantuan…kepala i dah mcm nak pecah memikirkan nya tak tau apa nak buat dan kepada siap and di mana i nak minta bantuan…

    • *Pn Sarimah — MAAF kerana lewat menjawab. Mujur lah ada seorang (Aniza) yang telah telefon untuk beritahu saya tentang hal ni beberapa minit lalu. Walaupun Comment puan sangat ringkas, soalan-soalan yang diajukan amat sukar untuk dijawab. Saya akan cuba selepas ini…

    • untuk makluman, AADK telah memperkenalkan konsep PUSPEN Terbuka di mana sesiapa yang menhadapi masalah berkaitan dengan dadah boleh mendapatkan khidmat rawatan, kaunseling dan lain-lain secara sukarela dan percuma di PUSPEN tersebut.

      Buat masa ini, kaedah tersebut dijalankan di PUSPEN Sungai Besi dan akan dikembangkan lagi kepada 5 PUSPEN mengikut zon pada masa akan datang.

      Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web AADK dan klik kepada Cure & Care 1 Malaysia.

      Puan boleh menghubungi PUSPEN SUNGAI BESI untuk maklumat lanjut di talian 02-90587267 atau menghantar emel ke komandan_persada@adk.gov.my

  4. saya adalah bekas penagih yg telah 18tahun terjebak.sekarang saya dah pulih.saya amat bercita2 nak membantu kawan2 saya utk pulih.saya memohon utk menjadi pembimbing rakan sebaya tapi,jawapannya amat mengecewakan saya.saya nk tanya,susah sangat kah utk aadk menerima idea2 dari penagih ni?apa patut saya buat?

  5. t’kasih kerana aadk sekarang nampak ikhlas nak membantu penagih utk berubah.sistem sekarang banyak membuat kawan2 saya berubah,termasuk lah saya.tapi sayang,ketika saya cuba utk membantu kwn2 lain dgn idea2 baru saya ia tak dilayan sebaiknya.saya bukan nak mengajar aadk.tapi saya cuma nak membantu.apa yg patut saya buat sekarang ini.saya amat kecewa.saya rasa itulah satu2nya bakat yg saya ada.tlg jawap?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s